Saturday 9 March 2013

Terkilan

still wujud rupanya org yang batu api tok kan? ssh nak d percayak tp yalah yg realiti nya.. kta percayakan nya sbb nya org yg kta kenal and sbb nya kwn kta..tp, yalah kan manusia ramut jak sama itam tp hati lain2..ssh nak d jangka sifat buruk seseorg.. kalau sik suka jgn lah menyindir apa suma bah.. tp xpalah semua org pun penah buat silap..aku maafkan org yg menjaikkan aku n memburuk2 aku tp nya mst ingat aku DOAKAN SEMOGA NYA RASA APA YG AKU RASA SUATU HARI KELAK.. bkn BERDENDAM tp, just mok nya merasa bah sebagai pengajaran..sahabt yg sejati xkan menjaikkan kwn nya kdrik.. aku mintak maaflah jika aku yg salah,, i really mean it..

Friday 21 September 2012

Suka...Suki..

21-Sept-2012

Sekian lamak dh x mengarut lam t0k...rindu plang.. :) Minggu t0k..penat glak c0z byk kerja yg perlu d buat.. final tggl berapa bulan jak gik..hurrmm..study pun ada yg lekat lam palak da yg xpat lekat trus..suka,duka,happy,cdih,marah,kecik ati suma ada sepanjang sem t0k..

Firstly..ku rindu glk ngan fmly ku yg jauh d mata..mak selalu call bila aku rasa sunyik..bpak sentiasa call bila nya ada msk ke darat..abg?? hurmm...jarang skali..adik?? ada lah juak tp,x salu..hehehe...Thanks mak n bpak c0z always caring suma nya sal aku..

Second..kwn2 ku yg ku syg..especially Kek Ida..nya sentiasa ada ngan aku xkira masa dan waktu..nya sentiasa memahami aku..dr kcik smpy knek mek 2 ttp berkwn..mek 2 xpenah kelaie..aku hppy ada nya biarpun mulut nya ya ada laser kit..hehehe....but,she's very caring..

Third..nya sentiasa ada ngan aku x kira masa dan waktu..sama kdak Ida..Tp,Ida is THE BEST for me..hehehe...Abg Man..nya seorg yg ckp penyabar ngan segala kerenah aku..hehehe...tp,bila nya mrh kecut juak asa perut ku..ahahaha...nya sentiasa buat ku tersenyum..biarpun mek 2 jauh tp,mek 2 selalu ada tok each other..makseh abg tok segalanya..InsyaAllah jika kta d jodoh kan utk bersama akan mek jg segalanya tok ktk..Allah Maha Mengetahui :))

Lastly..kwn seperjuangan ku..hurrmmm...hppy dpt berkongsi pengalaman bersama2..kdang2 ada yg terslh ckp..terkasar bhsa..terlbh masa bergur0..dan sbgai nya lah..Aku mtk maaf byk2 mun ku da buat slh kat ktk org k..aku syg ktk org kdak adk bradik ku kdrik..if ku da buat slh tlg lah tego..jgn berdiam drik jak..x selesa ..and rasa serba slh bila d buat mcm ya..kta kan kwn..ssh senang kta..kta ttp bersama bah..jgn buat ku rasa mcm tok..hurmm..xpala..maybe dah nasib ku kot..saba jak lah..



Setiap apa yg terjadi mst ada hikmah di sebalik nya..LIfe Must G0 0n..event s0metimes it's make u Hurt..Hadapi semuanya dgn Senyuman..Hadapi dgn hati yg terbuka dan tabah..Ingatlah Allah Sentiasa ada dgn kta..stakat tok jak l0k lah k..mun da masa n di pjgkan umo lak c0ret gik..salam :)

Friday 8 June 2012

hati terluka..

8 Jun 2012..
4.30 pm..


suma nya berubah dalam sekelip mata..kdang2x kta x sangka benda yg kta bena2x jaga lmak tok kan berakhir dgn aek mata..syg x semestinya kta jd milik nya selama nya kan..aku terimak seadanya tok ke sekian kali nya..suma ya dugaan..aku terimak dgn hati yg terbuka event pun suma ya skit glk2x..maybe org ke3 ya pat buat nya happy..bulak lah pdah hati x skit kan..xpala..ku terimak suma nya n ku pasrah..jodoh pertemuan d tgan tuhan..mdah2ax nya bahagia dgn pilihan hatinya..


Monday 16 January 2012

Ketika Bunga Di Taman Sebelah Lebih Indah

Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.

Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.

Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.

Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.

Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya.. 
Jangan pernah kita sakiti hatinya 
Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu.. 
Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering 
Cinta tidak akan abadi jika diantara kita 
Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian 
dan Cinta akan hancur 
Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu.. 
Jagalah hati pasangan kita masing – masing 
Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya 
dan cinta juga boleh memberikan semangat.. 
Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati.. 
bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau.. 
kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya.. 
janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya.. 
kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya, 
maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan.. 
melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat. 
Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat 
apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..

Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…